Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Melepasi syarat tapisan untuk jawatan Penolong Jurutera JA29? Tahniah! Bila dah melepasi syarat, calon akan diminta untuk buat semakan penjadualan peperiksaan untuk tahu tarikh dan masa peperiksaan Penolong Jurutera JA29. Bila dah dapat tahu tarikh peperiksaan, calon dah boleh bersiap sedia dengan membuat persiapan soalan Penolong Jurutera JA29.
Mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 adalah salah satu persediaan awal yang perlu dilakukan oleh calon yang berhasrat untuk LULUS peperiksaan nanti. Kenapa perlu dapatkan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 dan kenapa perkongsian ini dikongsikan khas untuk dedahkan calon dengan contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29?
Tujuan contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 dikongsikan khas untuk anda adalah supaya anda mendapat gambaran peperiksaan sebenar nanti dan contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang dikongsikan juga boleh dijadikan sebagai bahan ulang kaji.
Isi Kandungan
CARA BUAT ULANGKAJI DENGAN SOALAN PENOLONG JURUTERA JA29
Dengan contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang dikongsikan, calon boleh manfaatkan dengan:
- Kumpul sebanyak mungkin contoh soalan Penolong Jurutera JA29
- Koleksi contoh soalan Penolong Jurutera JA29 boleh dijadikan bahan ulangkaji
- Buat perbincangan berkumpulan dengan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 yang ada
TUGAS PENOLONG JURUTERA JA29
Sebelum ketahui contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29, setiap calon perlu ambil tahu tugas sebagai Penolong Jurutera JA29 bagi memantapkan lagi pengetahuan berkenaan jawatan ini.
Secara ringkasnya, tugas Penolong Jurutera JA29 adalah:
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Tertarik dengan bidang tugas Penolong Jurutera JA29?
Untuk menyandang jawatan Penolong Jurutera JA29, calon perlulah lulus peperiksaan dahulu. Sebab itu penting rujukan contoh soalan Penolong Jurutera JA29. Calon yang berjaya lulus peperiksaan dan tapisan awal akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG JURUTERA JA29
Seperti ketetapan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), calon hendak mendaftar melalui Sistem SPA9 untuk memohon jawatan Penolong Jurutera JA29. Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon, calon-calon yang memenuhi syarat dan asas tapisan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan secara online.
Soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 akan diberikan mengikut format pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Jadi, calon dinasihatkan untuk buat semakan dan ambil perhatian dengan makluman peperiksaan masing-masing.
FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG JURUTERA JA29
Seperti yang disebutkan di atas, soalan Penolong Jurutera JA29 akan diberikan mengikut format yang ditetapkan. Sehingga kini, bentuk soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 adalah berbentuk objektif dan pilihan jawapan. Calon perlu menjawab soalan mengikuti seksyen dan soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 akan diberikan beberapa pilihan jawapan bagi setiap soalan.
Calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi setiap seksyen soalan Penolong Jurutera JA29 bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kelulusan peperiksaan ini merupakan salah satu daripada syarat lantikan ke skim jawatan tersebut.
Sebelum lihat contoh soalan Penolong Jurutera JA29 , jom lihat format soalan terlebih dahulu.
- Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik)
- Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Soalan Penolong Jurutera JA29 Seksyen A: Matematik
Dalam soalan Penolong Jurutera JA29 seksyen A, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
- Kemahiran logik
- Kemahiran Menginterprestasikan Data
- Konsep Matematik
Jangan terlalu pandang rendah dengan bahagian ini, calon mungkin akan ditanya dalam pelbagai cara termasuk melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Persediaan yang boleh dilakukan adalah dengan dapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 sebanyak mungkin dan buat latih tubi.
Soalan Penolong Jurutera JA29 Seksyen B: Bahasa Inggeris
Dalam soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 seksyen B, calon akan diuji kemahiran penggunaan bahasa inggeris yang betul. Ia tidak selalu sukar kerana di tahap SPM. Tetapi, jangan pandang ringan untuk bahagian ini.
Soalan Penolong Jurutera JA29 Bahasa Inggeris akan diberi dalam 2 bentuk soalan iaitu soalan berdasarkan petikan yang diberikan dan soalan penggunaan tatabahasa yang betul.
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG JURUTERA JA29
Dah baca dan fahamkan format soalan Penolong Jurutera JA29 di atas? Jangan tangguh-tangguh lagi, anda dah boleh mula buat ulangkaji sekarang dengan contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang dikongsikan di bawah.
Soalan Penolong Jurutera JA29 Seksyen A: Matematik
Berikut adalah beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 bagi seksyen A, Matematik:
1) Dalam sebuah tapak pembinaan, bilangan buruh asing adalah 5 orang kurang daripada bilangan buruh tempatan. Jika jumlah bilangan buruh dalam tapak pembinaan itu ialah 33 orang, berapakah bilangan buruh tempatan dalam tempat itu?
A. 12
B. 15
C. 19
D. 22
2) 462, 487, 459 dan Y ini adalah set daya yang mewakili jumlah pelajar di Institut Kemahiran Perindustrian P bagi 4 tahun berturut-turut. Min bagi bilangan pelajar tersebut ialah 470. Berapakah nilai Y.
A. 473
B. 489
C. 465
D. 485
3) Sebuah bas kilang membawa pekerja bergerak sejauh 36km dalam masa 45 minit. Hitung jarak, dalam m, yang dilalui oleh bas kilang tersebut dalam masa 30 saat pertama.
A. 200 m
B. 300 m
C. 400 m
D. 500 m
4) Terdapat 3 orang calon temuduga untuk jawatan kerani kilang dan kebarangkalian untuk mereka lulus ialah 1/3, 2/5 dan 3/4. Hitungkan kebarangkalian bahawa hanya dua orang daripada mereka sahaja yang lulus
A. 1/5
B. 1/30
C. 3/20
D. 23/60
5) Ali memandu keretanya dari Pekan A ke Pekan C dengan melalui Pekan B pada pukul 8.30 a.m. Jarak antara Pekan A dan Pekan B ialah 162km. Dia memandu dengan kelajuan 72km/j dari Pekan A ke Pekan B dan seterusnya dia mengambil masa 2 jam 45 minit untuk tiba di Pekan C. Pada pukul berapakah di tiba di Pekan C?
A. 12.30 p.m
B. 12.50 p.m
C. 01.30 p.m
D. 01.50 p.m
6) Ukuran keliling sebuah taman permainan ialah 300m dan dua jenis pokok bunga di tanam di sekelilingnya dalam jarak setiap 3m 1/4 daripada pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok kertas?
A. 75
B. 30
C. 25
D. 100
8) Beg merah lebih berat daripada beg biru. Beg biru lebih berat daripada beg hijau. Beg hijau lebih berat daripada beg kuning. Pilih pernyataan yg benar.
A. Beg hijau lebih berat dari merah
B Beg hijau lebih berat dari beg kuning
C. Beg merah lebih berat dari kuning
D. Beg kuning lebih berat dari merah.
9) Kumpulan Melur, Kenanga, cempaka dan dahlia masing-masing mendapat markah 0.0311, 0,0205, 0.0245 dan 0.0323. kumpulan manakah mempunyai jumlah markah paling hampir dengan 0.05?
A. Melur dan kenanga
B. Kenanga dan cempaka
C. Melur dan cempaka
D. Kenangan dan dahlia
10) Apakah nombor yang seterusnya?
2+3=8
3+7=27
4+5=32
5+8=60
6+7=72
7+8= ????
A. 15
B. 98
C. 87
D. 80
Soalan Penolong Jurutera JA29 Seksyen B: Bahasa Inggeris
Berikut adalah beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 bagi seksyen B:
1) The principal was ____________ man who enjoyed tormenting his students.
A. a narcistic
B. a sadistic
C. an agonistic
D. a chauvinistic
2) I’d rather you ________________ with the terms and conditions if you plan to rent this house.
A, conform
B. to conform
C. conformed
D. would conformed
3) Choose the correct spelling
A. Onamotopoeia
B. Onomotopoeia
C. Onamotopeoia
D. Onomatopoeia
4) If I _____________________ that leaning German was going to be so difficult, I _______________ that course.
A. had known, would never take
B. knew, would never take
C. had known, would never have taken
D. knew, would never have taken
5) I’d rather ______________ Netflix than going to the cinema at this hour.
A. binge watch
B. binge watching
C. to binge watch
D. binge to watch
Read the passage below and choose the best answer from option A, B, C and D.
A debit card also known as a bank card is a plastic payment card that can be used instead of cash when making purchase. It is similar to a credit cards, but unlike a credit card, the money is immediately transferred directly from the cardholder’s bank account when performing a transaction. Some cards might carry a stored value with which payment is made, while most relay a message to the cardholder’s bank to withdraw funds from the payer’s designated bank account. In many countries, the use of debit card has become so widespread that their volume has overtaken or entirely replace cheque and in some instances, cash transactions. Debit cards usually also allow instant withdrawal of cash, acting as an ATM card for this purpose. Merchants may also offer cash back facilities to customers, so that a customer can withdraw cash along with their purchase. Online debit cards require electronic authorization device for every transaction and the debits are reflected in the user’s accounts immediately. The transaction may be additionally secured with the with the personal identification number (PIN) authentication system: some online cards require such authentication for every transaction. The advantages of prepaid debit cards; include being safer than carrying cash, worldwide functionality, not having to worry about paying a credit card bill or going into debt, the opportunity for anyone over the age of 18 to apply and be accepted regardless the credit capability. However, there are some risk in using the debit card. If the card provider offers an insecure website for letting you check the card’s balance, this could give an attacker access to the card information. If you lose the card and have somehow registered it, you likely lose the memory. And there is a risk that, prolific use of prepaid debit cards could lead data provider companies to miscategorise you in unfortunate ways.
Question:
1) The debit card can only be used under such situation except:
A. There is sufficient amount of money to do the purchase
B. Purchasing is made at the authorized premises
C. The retailer or premises have the device to do the transaction
D. The card is used by other person with acknowledgment of the owner
NOTA CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN PENOLONG JURUTERA JA29
Dah dapat gambaran tentang contoh soalan Penolong Jurutera JA29 yang dikongsikan di atas? Jumlah soalan tersebut hanyalah sebahagian sahaja. Tidak cukup jika anda hanya ulangkaji dan jadikan soalan di atas sebagai rujukan. Ada boleh sertai channel Telegram untuk dapatkan nota Penolong Jurutera JA29.
Daripada channel telegram, anda akan didedahkan dengan:
- Lebih banyak contoh soalan Penolong Jurutera JA29 beserta jawapan lengkap
- Nota penting soalan Penolong Jurutera JA29
- Jalan pengiraan dan perbincangan kumpulan bagi setiap soalan matematik
Klik butang di bawah untuk sertai channel telegram Penolong Jurutera JA29: