Langkah Penyerahan Dokumen Penting Untuk Mohon Jawatan Khas Guru SPP

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah mengumumkan permohonan pengambilan khas guru secara one-off telah dibuka mulai 7 Julai 2021 lalu. Calon yang berminat boleh buat permohonan ikut langkah permohonan pengambilan khas guru yang betul. Step pertama yang calon perlu tahu adalah buat permohonan melalui sistem mySPP.

Step kedua pula adalah buat permohonan opsyen / mata pelajaran dan hantar dokumen diperlukan melalui email. Pastikan calon hantar dokumen penting yang diminta mengikut langkah yang betul bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui langkah penyerahan dokumen penting SPP yang betul.

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN JAWATAN

Berikut adalah senarai semak dokumen yang perlu dihantar untuk mohon jawatan guru khas SPP:

  • Senarai semak dokumen
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran/ Sijil Pendaftaran Kelahiran/ Sijil Anak Angkat
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
  • Ijazah Sarjana/ Ijazah/ Diploma
    i. Calon hendaklah mengemukakan surat senat/ ijazah sarjana / ijazah / diploma asal yang mempunyai Cap Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu daripadanya (Sekiranya ijazah sarjana / ijazah / diploma yang diperoleh dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah diperlukan dan terjemahan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi ijazah sarjana / ijazah / diploma dalam Bahasa Arab sahaja);dan
    ii. Transkrip Penuh Akademik;atau
    iii. Pelajar semester akhir hendaklah mengemukakan Transkrip Akademik terkini;dan
    iv. Lain-lain sijil kelulusan yang berkaitan (cth : Kelulusan Tahfiz/MUET/CEFR).
  • Diploma Pendidikan & Transkrip
    i. Calon hendaklah mengemukakan surat senat diploma pendidikan / diploma pascasiswazah / diploma lepasan ijazah asal yang mempunyai Cap Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu dan Transkrip Penuh Akademik;atau
    ii. Sekiranya belum memiliki diploma pendidikan disebabkan belum konvokesyen calon dikehendaki membawa transkrip akademik yang mencatatkan status tamat pengajian berserta surat pengesahan bergraduat dari senat universiti;dan
    iii. Pelajar semester akhir hendaklah mengemukakan Transkrip Akademik terkini.
  • Calon Dalam Perkhidmatan (termasuk Guru Interim, Kontrak, Sementara, Ganti, GST dan GSTT)
    i. Surat kebenaran cuti belajar (jika berkaitan);
    ii. Laporan Khas Temu Duga; dan
    iii. Senarai Tugas dan Ko-Kurikulum. (Calon dimohon untuk muat turun perkara (ii) dan (iii) di www.spp.gov.my> PERKHIDMATAN> Muat Turun> Borang> Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
  • Sijil kegiatan ko-kurikulum (3 yang tertinggi)
  • Dokumen Pengesahan Status Orang Kelainan Upaya (OKU) (sekiranya berkaitan)

Klik butang di bawah untuk download senarai semak dokumen:

SENARAI SEMAK DOKUMEN SPP

LANGKAH PENYERAHAN DOKUMEN PENTING

Berikut adalah langkah demi langkah yang perlu calon lakukan untuk hantar dokumen penting SPP:

  1. Scan semua dokumen yang diperlukan
  2. Buat palang “untuk kegunaan SPP sahaja” di semua dokumen yang diminta
  3. Simpan nama dokumen sebagaimana arahan SPP
    Langkah Penyerahan Dokumen Penting Untuk Mohon Jawatan Khas Guru SPP
  4. Simpan semua dokumen dalam SATU FOLDER
  5. Namakan folder dengan format yang betul (NoIC_NamaSingkatanOpsyen). Contoh:
    Langkah Penyerahan Dokumen Penting Untuk Mohon Jawatan Khas Guru SPPSemak senarai Nama Singkatan Opsyen DI SINI.
  6. Upload folder tersebut dalam google drive (Guna email masing-masing)
    Langkah Penyerahan Dokumen Penting Untuk Mohon Jawatan Khas Guru SPPLangkah Penyerahan Dokumen Penting Untuk Mohon Jawatan Khas Guru SPP Langkah Penyerahan Dokumen Penting Untuk Mohon Jawatan Khas Guru SPP
  7. Hantar dokumen kepada urusetia SPP melalui email (mengikut format yang telah ditetapkan) kepada alamat email mengikut opsyen masing-masing

Rujuk: Formal Emel Permohonan Calon Guru & Panduan Hantar Emel yang Betul

Langkah Penyerahan Dokumen Penting Untuk Mohon Jawatan Khas Guru SPP

Nota: Semua dokumen yang diimbas (scan) mestilah merupakan dokumen asal (original) berwarna sahaja.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma