Cara Buat Temu Janji Maybank Online Untuk Urusan Di Kaunter Maybank Sepanjang Tempoh Lockdown
Pelanggan Maybank yang ingin berurusan di kaunter Maybank dinasihatkan untuk buat temu janji secara online terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter Maybank. Maybank melalui laman media sosialnya telah memaklumkan pengoperasian semua cawangan di seluruh negara adalah secara temu janji sahaja.
Untuk makluman anda, waktu operasi semua cawangan Maybank juga telah dipendekkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Tindakan ini adalah bagi mengurangkan kesesakan orang ramai di satu tempat sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara buat temu janji Maybank secara online untuk berurusan di kaunter Maybank.
Isi Kandungan
WAKTU OPERASI MAYBANK DALAM TEMPOH PKP 3.0/ LOCKDOWN
Untuk makluman anda, sepanjang tempoh lockdown, waktu operasi kaunter Maybank telah dipendekkan. Kaunter Maybank hanya akan beroperasi pada jam:
- 9.30 pagi hingga 2.00 petang
Beberapa cawangan Maybank akan ditutup buat sementara waktu. Anda boleh semak senarai cawangan yang beroperasi dalam tempoh lockdown di sini.
GOLONGAN YANG DIUTAMAKAN
Keutamaan akan diberikan kepada 3 golongan berikut walaupun tanpa temu janji:
- Warga emas
- Orang kurang upaya
- Wanita hamil
CARA BUAT TEMU JANJI MAYBANK ONLINE
Berikut adalah panduan membuat temu janji secara online untuk berurusan di kaunter Maybank:
- Pergi ke laman web https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
- Pilih jenis urusan untuk temu janji anda
- Pilih maklumat branch Maybank di tempat anda serta tarikh dan masa temu janji anda
- Lengkapkan nama, nombor IC, nombor telefon dan emel di ruangan yang disediakan
- Tick pada kotak im not a robot dan klik SUMBIT
Siap! Anda diminta untuk tepati masa dan tiba di cawangan yang dipilih 15 minit lebih awal dari masa yang dipilih.
Semoga bermanfaat!