9 Perubahan Dalam IPG Yang Perlu Anda Tahu Jika Anda Berminat Menjadi Cikgu

9 Perubahan dalam Institut Pendidikan Guru (IPG) ini dikongsikan berdasarkan beberapa perubahan yang telah dikenalpasti berlaku dalam Institut Pendidikan Guru.

Maklumat yang dikongsikan ini juga telah disahkan kesahihannya oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sendiri selaku institusi induk bagi IPG seluruh Malaysia setelah beberapa persoalan dijawab oleh Puan Nur Krimarina bt. Abd. Karim, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut merupakan 9 perubahan dalam IPG setakat ini yang penting untuk anda ketahui bagi melancarkan proses permohonan.

1. LOGO IPG YANG TERKINI

Masih ramai yang telah salah menggunakan logi IPG ini yang mana mereka menggunakan logo IPG yang terdahulu.

9 Perubahan Dalam IPG Yang Perlu Anda Ketahui

 

Rujuk gambar di bawah berkaitan logo IPG yang terkini.

 

Setiap lambang di dalam logo IPG membawa maksud tersendiri. Berikut merupakan Maksud-maksud kepada setiap lambang di dalam logo IPG.

2. ISTILAH SISWA GURU

Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu yang sedang menjalani latihan perguruan di IPG terdahulu dipanggil Guru Pelatih, Siswa Pendidik. Kini, istilah yang digunakan ialah Siswa Guru.

Namun mengikut Akta 174 sebernarnya penggunakan istilah ini adalah tidak wajib diguna pakai. Tiada istilah siswa pendidik atau guru pelatih bagi pelajar yang mengikuti program/kursus pra perkhidmatan di IPG. Istilah yang digunakan adalah ”Pelajar” iaitu berdasarkan Akta 174 (Rujuk Tafsiran per:2) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Sebagai mana pada Jun 2019)

3. Syarat Kelayakan Kemasukan ke PISPM

Dahulu, syarat kelayakan untuk memasuki IPG adalah DUA mata pelajaran perlu mendapat gred kepujian, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah di samping minimum mendapat 5A dalam SPM.

Namun kini, salah satu syarat untuk melayakkan kemasukan ke IPG ialah calon mestilah sekurang kurangnya mendapat gred kepujian (C) dalam SPM iaitu bagi TIGA mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inngeris.

4. BILANGAN IPG

Setakat ini, masih tidak ada berlaku sebarang pengurangan atau penambahan IPG di Malaysia yang mana 27 IPG masih menjalankan fungsinya sebagai pusat latihan untuk bakal guru dan bagi guru menjalani latihan perguruan.

5. 1 Tahun, 3 Semester Pengajian

Tempoh pengajian yang ditetapkan ini adalah berdasarkan surat edaran daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia kepada semua pengarah IPG seluruh Malaysia bertarikh 11 Oktober 2019.

Tempoh pengajian yang terdahulu adalah 1 tahun hanyalah 2 semester sahaja iaitu merangkumi Semester 1 (Januari hingga Mei) dan Semester 2 (Jun hingga November).

Namun, mulai tahun ini (2020), pengajian di IPG dipecahkan kepada TIGA SEMSTER dalam setahun iaitu Semester 1 bermula pada bulan Januari hingga Mei, Semester 2 bermula pada bulan Jun hingga Oktober dan Semester 3 bermula pada bulan November hingga Disember).

  • Semester 1 = Januari – Mei
  • Semester 2 = Jun – OKtober
  • Semester 3 = November – Disember

Perubahan tempoh pengajian ini dilaksanakan disebabkan Dasar Cuti Rehat Tahunan Pensyarah yang juga telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2020.

Secara keseluruhannya, semester pengajian adalah sebanyak 15 semester bagi 1 tahun (PPISMP) dan 4 tahun (PISMP) bagi pelajar mulai PISMP Ambilan Jun 2021. Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada kredit bergraduat yang ditetapkan.

  1. Bagi Ambilan PISMP Jun 2020: 2 semester (PPISMP) 12 semester (PISMP)
  2. Bagi Ambilan PPISMP Jun 2021: 3 semester (PPISMP) 12 semester (PISMP)

6. Program Transformasi Minda (PTM)

Program Transformasi Minda (TPM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Kini siswa guru IPG juga dapat menyertai PTM ini semasa dalam pengajian di IPG.

Ini bermaksud setelah dilantik menjadi guru mereka tidak perlu lagi memohon/ menyertai PTM bagi urusan pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Kebenaran untuk melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) kepada guru pelatih IPG telah diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan telah dilaksanakan mulai November 2019.

Ini bermakna guru pelatih yang telah menghadiri PTM tidak perlu lagi menghadiri program yang sama selepas dilantik dengan merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012.

7. Elaun

Elaun Sara Hidup bagi siswa guru IPG masih dikekalkan sehingga kini iaitu pelajar PPISMP dan PIMP menerima jumlah yang sama sebanyak RM430 sebulan.

8. BULAN PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM

Ini susulan daripada pelaksanaan 1 tahun 3 semester mulai tahun ini. Bulan pengambilan calon guru masih dikekalkan iaitu pada bulan Jun setiap tahun.

9. PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPG MELALUI UPUONLINE

Kaedah permohonan ini adalah berdasarkan kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 18 Oktober 2019.

Mulai Oktober 2019, permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru tidak lagi dilakukan di portalnya  yang terdahulu (pismp.moe.gov.my/). Permohonan terkini perlu dilakukan melalui UPUOnline, seperti permohonan untuk memasuki ke IPTA yang lain termasuklah kemasukan ke Kolej Matrikulasi.

Calon yang berminat untuk membuat permohonan ke IPG boleh merujuk perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan IPG terkini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Tcer.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma