14 Kerja Sambilan Yang Anda Boleh Mula Sekarang Tanpa Perlu Bajet Tinggi & Hanya Bekerja Dari Rumah

Bukan senang nak cari duit zaman sekarang bukan? Tambahan pula dengan ekonomi yang semakin teruk pasti kita memerlukan wang yang banyak untuk penuhi pelbagai keperluan hidup. Ramai orang zaman sekarang pilih untuk bekerja berbanding hanya duduk di rumah tanpa pendapatan.

Namun tahukan anda bahawa banyak kerja sambilan yang anda boleh lakukan di rumah tanpa memerlukan modal yang tinggi? Kerja ini bukan sahaja sesuai untuk yang menganggur, malah untuk yang bekerja di siang hari dan ingin mencari pendapatan lebih dengan membuat kerja di rumah pada malam hari juga boleh lakukan kerja ini.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui jenis kerja sambilan yang anda boleh lakukan hanya dari rumah  dengan bajet yang rendah.

14 KERJA SAMBILAN BERMULA DI RUMAH

1. Kerja Sambilan Sebagai Penulis Untuk Bisnes Dalam Instagram

Jika anda lihat di media sosial seperti Instagram dan Facebook, banyak perniagaan  dengan pelbagai jenis produk yang anda boleh jumpa. Cuba anda hubungi setiap perniagaan tersebut dan tawarkan perkhidmatan anda sebagai penulis ‘copywriting’ kepada perniagaan mereka. Mana tahu mereka juga tidak cukup tangan dan sedang mencari penulis?

2. Mengajar Cara Penggunaan Internet

Pasti anda tidak pernah dengar tentang pekerjaan ini kan? Siapa pada zaman kini tidak tahu menggunakan internet? jika dikaji, sebenarnya permintaan bagi perkhidmataan ini agak tinggi kerana ramai orang tua di luar sana yang memerlukan bantuan dari segi teknologi.

Maklumlah zaman sekarang segala urusan semua menggunakan internet. Apa kata gunakan pengetahuan yang anda ada untuk bantu mereka seperti dalam membuat emel, membuka akaun FB dan ajar cara untuk layari website bagi memperoleh pengetahuan tentang sesuatu.

3. Menguruskan Hartanah AirBnB

Jika anda tidak tahu, ramai orang yang menawarkan harta mereka seperti rumah lebih yang mereka ada dalam AirBnB. Anda juga boleh tawarkan perkhidmatan anda kepada mereka dengan lakukan secara pakej. Contohnya tawarkan pakej sekaligus seperti menguruskan booking, menyambut tetamu, membantu menyelesaikan masalah dan membersihkan kediaman untuk tetamu.

Jika anda rajin, buat research terhadap AirBnB di kawasan berdekatan anda dan hubungi pemilik tersebut untuk tawarkan perkhidmatan anda. Semakin rajin anda mencari pelanggan, semakin banyak pendapatan yang anda peroleh!

4. Lakukan Dropship Perniagaan

Bekerja sebagai dropship adalah sebagai seorang yang berpangkat di bawah agent atau stokis sesuatu perniagaan di mana anda tidak perlu memegang/ menyimpan barang-barang yang dijual. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mempromosikan secara online atau offline dan mendapat komisyen terhadap setiap barang yang anda dapat jual.

Menjadi dropship tidak  memerlukan sebarang pengeluaran modal cuma perlukan internet, elektrik dan masa. Semakin rajin anda mempromosikan barang, semakin banyak keuntungan yang peroleh.

5. Khidmat Jurualih Bahasa / Proofreader

Pasti anda tidak tahu bahawa bekerja sebagai jurualih bahasa ini ditawarkan gaji yang mahal kerana tidak ramai yang berkemampuan menguasai banyak bahasa. Juka anda mempunyai skil dalam menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga boleh cuba lakukan kerja ini.

6. Perkhidmatan Spa Atau Urutan Kepada Pemandu Grab

Setiap orang pasti mempunyai kemahiran masing-masing. Bagi anda yang dianugerahkan dengan kemahiran urutan yang baik, gunakan kemahiran anda dengan tawarkan perkhidmatan spa di kawasan anda. Sebenarnya jika anda rajin tawarkan, ramai sahaja orang memerlukan urutan selepas penat berkerja.

Cuba juga tawarkan kepada pemandu Grab yang anda kenal. Melakukan perkhidmatan Grab adalah kerja yang memenatkan dan mereka pasti rasa sengal badan selepas seharian tawarkan Grab. Apa kata anda cuba tawarkan perkhidmatan urutan kepada mereka. Pasti berbaloi.

7. Mengumpulkan Dan Menjual Barangan Kitar Semula

Seperti yang kita tahu banyak barangan kitar semula seperti tin aluminium, besi, surat khabar, kertas, kotak, botol-botol plastik dan minyak masak terguna boleh dijual untuk mendapatkan sedikit duit poket. Namun ramai yang tidak berbuat demikian kerana menganggap menjual barangan kitar semula tiada harga.

Sebenarnya anda boleh menjual barangan tersebut dalam kuantiti yang banyak jika anda rajin mengumpul barangan tersebut. Jika anda tinggal di condominium atau kawasan perumahan, lebih mudah untuk anda dapat lebih banyak barangan untuk dijual. Ramai masyarakat menganggap semua itu adalah sampah, namun anda boleh minta barangan tersebut daripada mereka untuk dijual.

8. Tawarkan Perkhidmatan Menjual Barangan Terpakai Orang Lain

Pernahkan anda mendengar aplikasi Carousell? Gunakan Platform seperti ini untuk jual barangan terpakai anda yang sudah tidak digunakan lagi. Daripada anda biarkan sahaja tidak digunakan, baik anda jual sahaja. Anda juga boleh tawarkan perkhidmatan menjual barangan terpakai kepada orang lain juga.

Ramai sahaja orang yang mahu menjual barangan terpakai mereka tetapi tidak mempunyai masa untuk uruskan hal jual beli. Ambil peluang ini untuk kaut keuntungan dengan tawarkan khidmatan dengan caj tertentu.

9. Khidmat Mengangkut Atau Menghantar Barang

Jika anda mempunyai van atau trak sendiri, gunakan peluang ini untuk lakukan khdiamat mengangkut atau menghantar barang. Anda boleh menghubungi mana-mana peniaga dari laman web  seperti Carousell , Mudah, Lelong dan sebagainya untuk tawarkan khimat perkhidmatan hantar barang.

Selain itu, anda juga boleh tawarkan kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan angkut barang untuk urusan pindahan rumah atau ambil barang. Iklankan perkhidmatan anda di pelbagai platform seperti Facebook untuk mudah anda mendapat pelanggan.

10. Tawarkan Khidmat Tour Guide Dekat Tempat Anda

Jika anda mempunyai lebih pengetahuan mengenai tempat anda, gunakan pengetahuan tersebut untuk ada jadi seorang Tour Guider. Tambahan pula jika anda tinggal di kawasan pelancongan seperti Pulau Langkawi, Pulau Perhentian dan lain-lain yang menjadi tarikan pelancong, jadikan peluang ini untuk anda mencari pendapatan lebih.

Anda hanya perlu tunjukkan tempat makan yang menarik, tempat lepak, tempat bersejarah dan sebagainya. Kerja ini sangat santai kerana anda dapat jalan-jalan sambil bekerja.

11. Menjadi Tukang Masak Ikut Resepi Dalam Internet

Jika anda lihat di Facebook dan Instagram, bermacam-macam resepi dan makanan sedap yang lalu di mata. Bila dah nampak orang masak di media sosial, pasti rasa teringin untuk mencubanya. Tetapi kebanyakan orang tiada masa untuk ke dapur kerana sibuk bekerja.

Jadi masa ini lah anda boleh ambil order daripada orang-orang yang teringin untuk mencuba masakan tersebut tetapi tidak sempat ke dapur. Kerja ini sangat menyeronokkan jika anda seorang yang suka memasak.

12. Tawarkan Khidmat Potong Rumput

Jika anda tidak tahu, dirata-rata tempat ramai yang memerlukan perkhidmatan potong rumput. Anda boleh mencari pekerja atau anda sendiri yang lakukan pekerjaan itu. Jika anda mempunyai pekerja untuk potong rumput, anda hanya perlu iklankan di kawasan perumahan dan kutip duit. Setiap kutipan duit, bahagikan dengan pekerja dengan adil.

13. Buat Perkhidmatan Jual Makanan

Jika anda seorang yang suka memasak,  iklankan masakan anda di Facebook untuk mencari pelanggan. Membuat perkhidmatan ini sebenanrnya dapat memperoleh keuntungan yang banyak jika anda rajin. Sediakan juga perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan.

Jika anda berpeluang untuk menawarkan jualan anda kepada pelajar univerisiti berdekatan anda, lagi banyak pelanggan yang anda akan peroleh kerana pelajar universiti akan sentiasa mencari makanan yang murah dan sedap!

14. Ambil Upah Jahit / Outer Pakaian

Perkhidmatan ini sangat mudah untuk anda cari pelanggan kerana orang akan sentiasa mencari tukang jahit atau outer pakaian. Untung jika ada kemahiran ini dan jika anda rajin untuk iklankan perkhidmatan anda. Tawarkan juga kepada pelajar universiti kerana kebanyakan universiti kurang menawarkan perkhidmatan ini di dalam kampus.

Semoga perkongsian mengenai 14 jenis kerja sambilan yang anda boleh lakukan ini bermanfaat untuk anda mencari idea dalam mencari pendapatan lebih. Gunakan kemahiran yang anda ada sebaiknya untuk jadikannya sebagai kerjaya. Seronok bukan kalau dapat bekerja dari rumah?

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma