Info

Calon Temuduga SPA Boleh Mohon Tukar Tarikh Temuduga Jika Ada Urusan. Ini Caranya

February 1, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Calon Temuduga SPA Boleh Mohon Tukar Tarikh Temuduga Jika Ada Urusan. Ini Caranya

Bolehkah calon yang mendapat panggilan temuduga SPA menukar tarikh temuduga? Jawapannya adalah BOLEH dengan syarat mendapat kebenaran Suruhanjaya. Untuk mendapatkan kebenaran Suruhanjaya, calon perlu kemukakan permohonan.

Untuk permohonan, alasan yang diberikan mestilah munasabah dan layak untuk dipertimbangkan.

Ketahui tatacara membuat permohonan untuk pertukaran tarikh temuduga SPA di perkongsian bawah.

APA JADI JIKA TIDAK HADIR TEMUDUGA?

Pernah dengar tak calon yang tidak menghadiri temuduga SPA yang ditawarkan akan disenarai hitam? Kenyataan itu sebenarnya SALAH! Pihak SPA telah memaklumkan bahawa pemohon yang tidak menghadiri panggilan temuduga tidak akan disenaraihitamkan.

PERMOHONAN PERTUKARAN TARIKH

Permohonan pertukaran tarikh temuduga terutama yang melibatkan pusat temuduga di Sabah dan Sarawak perlu dikemukakan dengan segera dengan menyertakan:

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon
  • Jawatan
  • Tarikh temuduga asal
  • Tarikh temuduga baru
  • Alasan pertukaran

Maklumat-maklumat ini penting bagi mendapatkan kebenaran dan pertimbangan Suruhanjaya. Hanya permohonan pertukaran yang betul-betul menasabah dan layak sahaja akan dipertimbangkan.

CARA MOHON PERTUKARAN TARIKH

Permohonan boleh dikemukakan secara bertulis, faks atau emel kepada:

Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan Khas (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan II / Separa Perubatan:

  • Puas Nur Faziana binti Zakaria
  • Email: faziana@spa.gov.my
  • Tel: 03 8091 9281

Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan I / Kumpulan Pengurusan & Profesional).

Semua Pegawai Gred 41 dan ke atas (Sila rujuk Direktori Emel/Telefon di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia).

Baca juga: Bilakah Calon Akan Dipanggil Temuduga Setelah Mohon Jawatan Dalam SPA9?

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda