Semakan & Permohonan

Tawaran Bantuan Yuran Pengajian IPTA/ IPTS Sehingga RM5,000 Buat Komuniti India

February 14, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Perhatian buat komuniti India golongan B40 di Selangor yang dapat tawaran sambung belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta! Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor mempelawa rakyat yang berkelayakan mohon Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS seperti yang ditawarkan.

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma. Borang permohonan boleh didapati di Pusat Khidmat Rakyat Dun Sungai Tua atau di perkongsian ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

KADAR BANTUAN

Kadar sumbangan untuk Bantuan Yuran Pengajian IPTA/ IPTA bagi pelajar komuniti India adalah:

  • Ijazah Sarjana Muda
    – Maksimum RM5,000
  • Diploma
    – Maksimum RM3,000

Pemberian adalah secara sekali bayar (one-off) secara cek atau EFT di atas nama Bendahari IPTA/IPTS.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia dan berketurunan India sahaja
  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria berikut:
    – Pemohon lahir di Negeri Selangor Darul Ehsan; atau
    – Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor Darul Ehsan; atau
    – Pemohon telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri Selangor Darul Ehsan
  • Pemohon sedang dalam tempoh pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM2,000 sebulan dan ke bawah

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 24 Februari 2023 dengan mendapatkan borang permohonan secara manual daripada pihak URUS SETIA di alamat berikut:

  • URUS SETIA BANTUAN YURAN PENGAJIAN IPTA/ IPTS BAGI PELAJAR KOMUNITI INDIA B40
    Pejabat YB Tuan Ganabatirau a/i Veraman,
    EXCO Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor,
    Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • staffexco2014@gmail.com

BORANG PERMOHONAN BANTUAN YURAN PENGAJIAN SELANGOR

Jumlah pemberian sumbangan Bantuan Yuran Pengajian adalah tertakluk kepada persetujuan YB EXCO serta keputusan Jawatankuasa Pertimbangan dan Kelulusan Program Bantuan Yuran Pengajian yang bersidang.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda