Semakan & Permohonan

Mohon Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar UKM Untuk Sebarang Bencana

September 21, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Mohon Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar UKM Untuk Sebarang Kemalangan

Pusat Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (HEP – UKM) menawarkan Skim Tabung Kebajikan Pelajar UKM untuk memberikan bantuan kepada pelajar yang ditimpa kemalangan secara langsung atau tidak langsung.

Pelajar UKM yang memerlukan bantuan kewangan boleh buat permohonan dengan langkah-langkah yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: Mohon Skim Tabung Endowmen Bantuan Pelajar Untuk Sesi Pembelajaran (STEBP) UKM

BANTUAN YANG DISEDIAKAN

Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan di bawah skim ini:

  • Kematian
  • Kematian ibu/bapa/penjaga pelajar
  • Kematian suami/isteri dan anak pelajar
  • Kematian ahli keluarga pelajar (abang/adik)

ELAUN KEMASUKAN WAD

Elaun Kemasukan Wad disediakan kepada:

  • Pelajar dirawat di Hospital semasa Cuti Semester
  • Pelajar dirawat di Hospital semasa Semester

KES-KES KHAS

Bantuan ini juga disediakan untuk kes-kes khas berikut:

  • Akibat bencana alam atau kebakaran, banjir, kecurian dan kemalangan
  • Kematian libatkan dua ahli atau lebih ahli keluarga dalam satu masa
  • Kes Sakit Kronik /Rawatan Perubatan Pelajar/Peralatan Perubatan
  • Kes-kes lain yang telah dinyatakan di atas yang kemungkinan terjadi kepada pelajar

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan permohonan bantuan berikut:

  • Semua pelajar tempatan UKM yang berdaftar di UKM sepanjang pengajian dan belum disahkan oleh senat sebagai layak bergraduan adalah layak untuk memohon tabung ini.
  • Tidak didapati bersalah atau sesuatu kesalahan tatatertib atau bukan sedang menunggu prosiding tatatertib.
  • Setiap permohonan pelajar akan diproses dan diteliti menerusi kaedah-kaedah yang akan ditentukan oleh Urusetia seperti temubual, kunjungan hormat dan sebagainya mengikut keperluan semasa.

PROSES PERMOHONAN

Permohonan perlu dibuat oleh pelajar atau rakan pelajar/waris. Dua salinan borang permohonan beserta 2 salinan dokumen sokongan perlu dihantar ke Unit Kebajikan HEP-UKM. Borang permohonan boleh didapati di pautan berikut:

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah salinan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Kad matrik pelajar
  • Kad pengenalan pelajar/ waris
  • Sijil kematian
  • Surat Permohonan
  • Laporan perubatan
  • Laporan polis
  • Latar belakang pelajar

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke Unit Kebajikan, Pusat Hal Ehwal Pelajar Aras 7, Bangunan PUSANIKA UKM atau hubungi talian 03 8921 4368 / 5060 / 3229.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda