Semakan & Permohonan

Skim i-Bermusim: Tawaran Pembiayaan Peniaga Sehingga RM20,000 Sempena Musim Perayaan & Buah-Buahan

January 31, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Mana-mana usahawan yang belum menyedari skim pembiayaan baru Hijrah Selangor kini berpeluang mengembangkan perniagaan menerusi skim-skim yang diperkenalkan pada Oktober 2023. Inilah manifestasi keazaman Kerajaan Negeri untuk menyokong perniagaan di Selangor.

Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM120 juta kepada Hijrah untuk membiaya usahawan. Sektor keusahawanan sangat penting bagi Kerajaan Negeri merancakkan semula ekonomi negeri. Antara salah satu skim pembiayaan yang baru diperkenalkan adalah Skim I-Bermusim.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim pembiayaan I-Bermusim dan panduan buat permohonan.

PEMBIAYAAN SKIM I-BERMUSIM

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan program pembiayaan Skim Bermusim kepada usahawan negeri ini yang layak sempena musim perayaan dan buah-buahan.

Kerajaan Negeri memahami keperluan berniaga bagi mendepani cabaran ekonomi ketika ini dan menyokong para usahawan memanfaatkannya.

Pembiayaan yang ditawarkan melalui skim i-Bermusim adalah sebanyak:

  • Kadar pembiayaan: RM1,000 sehingga RM20,000
  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 25 minggu atau 6 bulan
  • Caj perkhidmatan: 1% dikenakan setiap bulan dan bayaran balik secara mingguan

Program pembiayaan ini memberi peluang kepada golongan terbabit memperoleh modal perniagaan bagi beroperasi di bazar Deepavali.

Tempoh kelulusan pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan di bawah RM5,000: Kurang tujuh hari
  • Pembiayaan melebihi RM5,000: Sekitar dua minggu

SYARAT KELAYAKAN

Pembiayaan Skim i-Bermusim hanya ditawarkan kepada peniaga yang memenuhi syarat berikut:

  • Merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor
  • Mengundi di Selangor
  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Peniaga yang mempunyai permit sah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Hanya satu pembiayaan diberikan dalam perniagaan berbentuk perkongsian

Baca juga: Tawaran Skim I-Lestari, Pembiayaan Sehingga RM100,000 Untuk Kembangkan Perniagaan

CARA MOHON

Permohonan Skim i-Bermusim boleh dibuat dengan menghubungi mana-mana pegawai pembiayaan Hijrah Selangor di cawangan berhampiran atau buat permohonan di laman berikut:

Permohonan mestilah dibuat dengan sertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Dua keping gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan lesen SSM/ PBT atau salinan perjanjian membabitkan aktiviti perniagaan
  • Salinan penyata akaun bank atau muka depan buku akaun
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal

Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Pembiayaan Mikrokredit, anda boleh layari laman sesawang www.hijrahselangor.com. Atau hubungi 20 Cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan lanjut http://www.hijrahselangor.com/

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda