TNB Benarkan Bayar Bil Elektrik Secara Ansuran Sehingga Disember. Semak Jumlah Bayaran Ansuran Anda

Ramai yang terkejut kan bila bil elektrik sampai di rumah semasa PKP? Jangan hairanlah bila bil melambung jika sepanjang PKP tempoh hari kita 24 jam di rumah. Memahami masalah pengguna, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi sektor rumah kediaman memberi kemudahan membayar bil penggunaan elektrik secara ansuran sehingga Disember 2020.

Bagi yang menghadapi masalah kewangan akibat daripada PKP ini, kini anda tidak perlu risau lagi dengan adanya kemudahan ini.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai cara mendapatkan kemudahan bayaran bil elektrik secara ansuran.

CARA DAPATKAN KEMUDAHAN BAYARAN BIL ELEKTRIK SECARA ANSURAN

Pembayaran ansuran itu akan diberikan kepada semua pengguna secara AUTOMATIK bagi bil elektrik Mac, April dan Mei. Ini bermaksud pengguna tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan kemudahan ini kerana ia ditawarkan secara automatik.

Pengguna sendiri boleh buat pilihan sama ada mahu membayar secara ansuran ataupun secara penuh seperti biasa ketika membuat pembayaran bil elektrik.

Bayaran ansuran boleh dibuat sehingga Disember tahun ini. Jangan risau, TNB telah menetapkan bahawa tiada caj tambahan akan dikenakan terhadap pengguna sepanjang tempoh ansuran ini. Ini bermaksud, anda boleh bayar ikut kemampuan semasa anda  tanpa perlu bimbang ada caj tambahan dikenakan.

BAGAIMANA NAK TAHU JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR?

Sebelum itu, penting untuk anda ambil tahu bahawa TNB menjelaskan bahawa pengguna perlu membayar bil semasa bagi bulan Jun seperti biasa.

Jumlah ansuran yang dikenakan akan tertera dalam kotak kuning pada bil elektrik yang akan diterima oleh pengguna.

Jumlah di atas yang tertera bayaran penuh merupakan jumlah sebenar yang perlu anda bayar pada bulan tersebut manakala jumlah yang tertera pada Pelan Bayaran Mudah adalah jumlah yang boleh anda bayar secara ansuran.

Baca juga: Bayar Bil TNB Secara Ansuran Melalui Pelan Bayaran Mudah TNB

Anda boleh pilih sama ada mahu buat bayaran penuh atau bayaran ansuran Pelan Bayaran Mudah. Jika anda mempunyai wang yang mencukupi untuk buat bayaran penuh, selesaikanlah bayaran anda supaya tidak susah pada masa akan datang.

Disarankan anda bayar secara ansuran jika betul-betul mempunyai  masalah kewangan untuk bayaran penuh sahaja. Semoga perkongsian ini memberi penjelasan kepada anda mengenai bayaran ansuran untuk bil elektrik anda!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma