Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN

Untuk makluman, semakan no siri BPN kini di buka bermula 17 April 2020. Kepada pemohon yang akaun bank tidak aktif dan sebagainya, anda boleh membuat semakan no siri BPN ini di portal rasmi BPN Hasil.

Cara-cara membuat semakan siri BPN dan panduan penunaian di kaunter adalah seperti di bawah. Anda boleh rujuk untuk makluman awal anda.

Seperti yang kita tahu, apabila membuat pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kita perlu masukkan nombor akaun bank di dalam maklumat permohonan.

Baca: Mohon BPN Hasil Tapi Tiada Akaun Bank, Apa Nak Buat? Baca Ni

Ini untuk memudahkan proses pembayaran BPN dan bayaran tunai akan dikreditkan terus ke akaun apabila tiba masanya. Mungkin perkara ini bukan isu besar bagi pemegang mana-mana akaun bank yang aktif.

Namun, bagaimana pula bagi yang tiada akaun bank yang aktif? Untuk makluman LHDNM akan mengeluarkan Nombor Siri BPN buat pemohon yang akaun bank tidak aktif.

Jadi apa itu Nombor Siri BSN? Bagaimana pula nak dapatkannya?

Bagi mendapatkan no siri BPN anda boleh ikut langkah-langkah seperti berikut dan ketahui tarikh membuat penebusan No Siri.

Apa Itu Nombor Siri BPN?

Nombor Siri BPN ini khusus dikeluarkan buat pemohon yang lulus untuk pembayaran BPN tetapi tidak mempunyai akaun bank atau bank tidak aktif. Hanya pemohon yang tiada nombor akaun bank atau tidak aktif sahaja akan diberikan untuk mereka membuat pengeluaran bayaran bantuan secara tunai.

Kenapa Nombor Siri BPN Dikeluarkan?

Ianya merupakan usaha LHDN untuk memudahkan pemohon yang akaun akaun bank tidak aktif membuat penunaian bantuan BPN di cawangan BSN seluruh negeri selepas berakhirnya tempoh PKP nanti.

Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.

Nombor Siri ini adalah untuk memudahkan orang yang tiada akaun bank untuk tunaikan bayaran bantuan mereka.

Bagaimana Dapatkan Nombor Siri BPN/No Baucar

Untuk mendapatkan semakan Nombor Siri BPN jika tiada akaun bank atau bank tidak aktif pemohon boleh ikut langkah-langkah di bawah.

Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN

  • Semakan no baucar BPN boleh dibuat melalui portal rasmi BPN di alamat berikut https://bpn.hasil.gov.my/
  • Semakan no siri BPN boleh dilakukan bermula 17 April 2020
  • Penunaian juga boleh dilakukan pada 17 April 2020 sekiranya no siri BPN hasil anda wujud didalam sistem paparan maklumat pembayaran pemohon
  • Nombor Siri akan diberikan di Portal BPN tersebut di bahagian No Baucar seperti gambar di atas. Selepas membuat semakan, nombor siri akan dipaparkan kepada anda dan anda boleh tunaikan Nombor Siri tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Tarikh Dan Cara Tebus No Siri BPN Anda

Dah ada No. Siri anda boleh buat penebusan di mana0mana kaunter BSN terdekat mengikut tarikh berikut:

  • 1 Jun 2020 – Bagi yang tiada no. akaun bank sahaja
  • 2 Jun 2020 – Bagi yang duitnya gagal kredit ke akaun

Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Membuat Penebusan

Untuk membuat penebusan di kaunter BSN anda perlu bawa 2 perkara ini:

  • Mykad anda
  • No Siri BPN anda

Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN

Soalan Lazim Penunaian BPN di Kaunter BSN

Berikut merupakan soalan lazim berkaitan penunaian BPN di kaunter BSN.

  • Semakan no baucar BPN boleh dibuat melalui portal rasmi BPN di alamat berikut https://bpn.hasil.gov.my/
  • Semakan no siri BPN boleh dilakukan bermula 17 April 2020
  • Penunaian juga boleh dilakukan pada 17 April 2020 sekiranya no siri BPN hasil anda wujud didalam sistem paparan maklumat pembayaran pemohon
  • Tarikh akhir membuat penunaian adalah 31 Disember 2020
  • Wakil atau waris seperti ibu/bapa/pasangan/anak/adik-beradik/cucu dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional bagi pihak penerima yang tiada akaun/gagal kredit/meninggal dunia/uzur/kurang upaya/sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di kaunter.
  • Wakil perlu membawa dokumen berikut untuk penunaian di kaunter;
    • Sijil kematian asal/salinan penerima
    • Kad pengenalan asal/salinan penerima
    • Kad pengenalan asal wakil
    • Dokumen bukti pertalian anda wakil dan penerima

Di bawah merupakan FAQ lengkap yang anda boleh rujuk sebelum ke kaunter bank bagi tujuan penunaian bantuan BPN.

Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN

Semoga perkongsian ini jelas buat anda bagi mendapatkan semakan no siri BPN bagi tujuan penunaian di bank BSN terdekat anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma