Senarai Lengkap Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2020

Kadar bayaran zakat fitrah adalah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam di negeri masing-masing.

Umat Islam dinasihatkan supaya  membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri

Berikut adalah perkongsian senarai lengkap kadar zakat fitrah seluruh negeri untuk 2020.

SENARAI KADAR BAYARAN HARGA ZAKAT FITRAH TAHUN 2020 SELURUH NEGERI

Berikut ialah kadar bayaran harga zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2020 bersamaan 1441 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Senarai Lengkap Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2020

Senarai Lengkap Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2020

Senarai Lengkap Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2020

Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan asasi masing-masing. Contohnya umat Islam di Negeri Melaka menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.

Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Rebutlah keberkatan Ramadhan dengan berpuasa, memperbanyak amal-amal kebaikan dan berzakat. Selamat menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi,

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma