Resepi Air Katira Versi Bazar Ramadan Yang Ekspres & Jimat. Tapi Confirm Sedap

Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan.

Khasiat air ini juga dipercayai dapat memulihkan tenaga kerana dalam resepi air katira asli dihimpunkan pelbagai jenis buah-buahan. Antaranya getah anggur (katira), kembang semangkuk, kismis, badam, kurma, dan susu segar. Patutlah air ini terkenal pada bulan Ramadhan!

Memang susah nak cari air katira ini kalau bukan di bulan Ramadhan. Sebenarnya bahan-bahannya mudah sahaja dan anda boleh buat sendiri sahaja di rumah dengan resepi yang sangat ringkas tetapi sedap!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui resepi air katira versi Bazar Ramadhan yang ekspres dan jimat.

RESEPI AIR KATIRA VERSI JIMAT & EKSPRES

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Bahannya mudah saja. Nama pun versi jimat dan ekspres kan.

Bahan-bahan:

  • Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
    *Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti air tu? Ya sahabat semua, tak rasa tebu pun. Tapi rasa macam air katira sebenarnya.
  • Susu pekat manis
  • Chia seed / biji selasih
  • Cincau

*Sukatan mengikut sesedap rasa yang diingini.

Resepi Air Katira Versi Bazar Ramadan Yang Ekspres & Jimat. Tapi Serius Sedap

CARA-CARANYA

Berikut adalah cara-cara membuatnya.

1. Masukkan Perasa Tebu

Pertama sekali, masukkan perasa tebu ikut banyak mana bancuhan kita.

Resepi Air Katira Versi Bazar Ramadan Yang Ekspres & Jimat. Tapi Serius Sedap

2. Campurkan Cincau

Berikutnya masukkan cincau. Kalau ada cincau asli lagi bagus sebab lebih fresh, tetapi kalau tak ada, cincau dalam tin pun boleh. Beli air cincau tin dan tapiskan airnya. Ambil cincau sahaja.

Resepi Air Katira Versi Bazar Ramadan Yang Ekspres & Jimat. Tapi Serius Sedap

3. Tambahkan Chia Seed/ Biji Selasih

Seterusnya tambahkan chia seed ataupun biji selasih.

Resepi Air Katira Versi Bazar Ramadan Yang Ekspres & Jimat. Tapi Serius Sedap

4. Masukkan Susu Pekat Manis

Akhir sekali, masukkan susu pekat manis secukup rasa. Kalau yang suka manis lemak berkrim boleh letak lebih.

Resepi Air Katira Versi Bazar Ramadan Yang Ekspres & Jimat. Tapi Serius Sedap

5. Masukkan Air Kosong & Ais

Kemudian, bancuhkan bersama air kosong dan ais  secukupnya buat penyejuk tekak. Siap!

Resepi Air Katira Versi Bazar Ramadan Yang Ekspres & Jimat. Tapi Serius Sedap

BOLEH TAMBAH BAHAN LAIN IKUT KREATIVITI

Resepi ini memang mudah dibuat dan cepat disediakan. Boleh berjimat daripada beli di luar sebab kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyak satu keluarga minum.Kalau ada yang cukup bahan macam yang digunakan dalam resepi air katira asli, bolehlah ditambahkan ke dalamnya. Kalau tak ada, pakai apa yang ada sajalah. Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga.

Resepi Air Katira

Sedapnya jika jadikan air katira ini sebagai penyejuk tekak buat berbuka puasa! Kalau tengok pun dah terliur, apa kata cuba buat di rumah pula. Belum cuba belum tahu rasanya. Mana tahu yang buat di rumah lagi sedap rasanya. Selamat mencuba!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma