Tawaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan IPG Ambilan Oktober 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bahasa Jerman dan Bahasa Korea di Institusi Pendidikan Guru ambilan Oktober 2020.
Anda berminat dengan kerjaya sebagai seorang guru?
Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan ke program yang ditawarkan di bawah.
MAKLUMAT PROGRAM
Pengambilan calon guru bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) sepenuh masa ambilan Oktober 2020.
- Mod Program: Sepenuh Masa
- Tempoh Pengajian: Satu tahun / tiga semester
- Tempat Pengajian: IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
- Bidang Pengkhususan yang ditawarkan:
i) Bahasa Jerman
ii) Bahasa Korea
SYARAT KELAYAKAN
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
Syarat umum
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2020
Syarat Akademik
Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
- Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh didapati DI SINI
- Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas
- Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V) dan
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan
Syarat Kelayakan Bidang Pengkhususan
Bahasa Jerman
- Memiliki tahap kecekapan minimum bahasa Jerman B2 atau TDN 3 dalam Deutsch als Frendsprache (TestDaf)
- Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jerman / UA yang diiktiraf oleh MQA
Bahasa Korea
- Memiliki tahap kecekapan bahasa Korea dalam Test of Proficiency in Korean (TOPIK 3)
- Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Korea / UA yang diiktiraf oleh MQA
CARA MOHON
Permohonan kemasukan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan IPG Ambilan Oktober 2020 adalah dibuka mulai 9 Oktober hingga 16 Oktober 2020. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web berikut:
Calon yang didapati memberi maklumat palsu dalam borang permohonan, Kerajaan Malaysia boleh menarik balik surat tawaran dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 (Akta 574) Kanun Keseksaan.
Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya menduduki e-UKCG boleh disemak menerusi https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 20 Oktober 2020