Cara Buat Permohonan Baru & Pembatalan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Seperti yang kita sudah sedia maklum, Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. Namun bagi Ahli yang masih belum membuat pengeluaran dan berhasrat untuk buat pengeluaran i-Lestari, anda boleh lakukan sekarang dengan mudah.

Jika anda berhasrat untuk hentikan pengeluaran bulanan i-Lestari pun boleh. Semuanya boleh dilakukan secara online sahaja dengan mudah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai permohonan baru dan pembatalan pengeluaran i-Lestari.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BARU i-LESTARI

Bagi pemohon yang pernah membatalkan pengeluaran i-Lestari dan ingin membuat permohonan semua ataupun Ahli yang tidak pernah membuat pengeluaran i-Lestari, tetapi ingin buat sekarang, anda boleh ikut panduan di bawah:

  1. Layari laman web ilestari.kwsp
  2. Klik PERMOHONAN BAHARU
  3. Isikan Maklumat Permohonan dengan lengkap
    Cara Buat Permohonan Baru & Pembatalan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online
  4. Klik HANTAR
    Cara Buat Permohonan Baru & Pembatalan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Semakan status permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

  1. Layari laman Semakan Status i-Lestari
  2. Masukkan Nombor MyKad dan Nombor Telefon
  3. Klik SEMAK
    Cara Buat Permohonan Baru & Pembatalan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.

PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI

Ahli yang ingin menghentikan pengeluaran i-Lestari boleh lakukan secara online seperti berikut:

  1. Pergi ke laman Pembatalan Pengeluaran i-Lestari
  2. Isikan maklumat yang diminta berserta Amaun Dimohon Sebulan
  3. Klik butang SEMAK
    Cara Buat Permohonan Baru & Pembatalan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Tujuan Pengeluaran i-Lestari adalah untuk membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Jadi Ahli dinasihatkan untuk buat pengeluaran i-Lestari SEKIRANYA PERLU sahaja. Jika tidak perlu, lagi baik anda simpan wang simpanan yang ada sekarang untuk jaminan masa depan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu Ahli yang ingin buat permohonan baru i-Lestari dan Pembatalan Pengeluaran. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk ke Cawangan KWSP berdekatan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma