Cara Mohon Jawatan Pembantu Laut Di Jabatan Laut Malaysia Dengan Kelayakan SPM

Jabatan Laut Malaysia kini membuka tawaran jawatan kosong yang boleh diisi oleh warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan ditawarkan. Jawatan kosong yang terkini ditawarkan adalah sebagai Pembantu Laut Gred A19

Jabatan Laut Malaysia ingin mempelawa orang awam untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan dengan minina kelayakan SPM. Jangan lepaskan peluang ini, inilah masanya untuk anda membina kerjaya dalam Perkhidmatan Awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut iklan jawatan yang ditawarkan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Jabatan Laut Malaysia
  • Nama Jawatan: Pembantu Laut Gred A19
  • Jumlah kekosongan:  Kekosongan 24 & Simpanan 50
  • Tarikh Tutup Permohonan: 24 Oktober 2021

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,362.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,362.00); atau
  • Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,420.12); atau
  • Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,420.12); atau
  • Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,478.24); atau
  • Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,536.36)

BIDANG TUGAS

Tugas seorang Pembantu Laut adalah:

Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pendaftaran dan keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membantu dalam membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 3

Pilih jawatan Pembantu Laut. Klik +Tambah.

Cara Mohon Kerja Pegawai Siasatan Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

IKLAN JAWATAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma