Cara Mohon Jawatan MySTEP Di KPDNHEP Dengan Kelayakan Minima SPM

Anda lepasan sekolah atau graduan yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2022.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan KPDNHEP dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak
  • Jawatan: Personel MySTEP
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
  • Penempatan:  KPDNHEP Sarawak
  • Tempoh perkhidmatan: 5 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022
  • Kadar Upah:  RM1,600
  • Tarikh tutup permohonan: 14 April 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 14 April 2022. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:

  • Resume bergambar yang terkini
  • Salinan sijil persekolahan
  • Salinan kad pengenalan
  • Lain-lain dokumen berkaitan

Kemukakan dokumen ke alamat berikut:

  • Pengarah
    Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dal Hal Ehwal Pengguna Negeri Sarawak,
    No. 41-51, Jalan Tun Jugah,
    93350 Kuching, Sarawak
    (u.p: Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, Pentadbiran dan Kewangan)

Sila catat nama jawatan “Personel MySTEP” di penjuru kiri atas setiap sampul.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk ke sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan panggilan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Jabatan ini tidak akan menaggung perbelanjaan bagi menghadiri temuduga kelak.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma