Cara Mohon Rondaan Polis Ketika Pulang Ke Kampung/ Tiada Di Rumah

Tahu tak, pada saat penghuni tiada di rumah adalah masa yang paling berisiko untuk rumah dirompak? Bagi menjamin keselamatan rumah, orang ramai digalakkan untuk pasang CCTV di sekitar kawasan rumah. Namun tak semua orang mampu untuk pasang CCTV. Antara tindakan yang boleh anda lakukan adalah membuat laporan polis dan mohon untuk buat rondaan jika anda pulang ke kampung.

Selepas ini, jika anda pulang ke kampung atau tiada di rumah tidak kira dalam tempoh yang singkat atau lama, anda boleh buat laporan polis melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan mudah. Bila laporan selesai, pihak polis akan membuat rondaan berkala di kawasan rumah anda yang tidak berpenghuni sepanjang ketiadaan anda di rumah.

Lebih selamat, sudah tidak perlu risau selepas ini. Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap membuat laporan polis untuk rondaan di rumah jika pulang ke kampung.

APLIKASI VSP

Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan inovasi baru oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak polis.

Antara maklumat dan aduan yang boleh dibuat melalui aplikasi VSP adalah seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, balik kampung dan lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.

MODUL VPS

Antara modul yang terdapat dalam Volunteer Smartphone Patrol adalah:

  • Aduan – Menyalurkan maklumat kepada pihak polis
  • Balik kampung – Menghantar maklumat balik kampung kepada pihak polis untuk memudahkan pihak polis untuk membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa
  • Direktori – Senarai alamat dan no telefon ibu pejabat polis kontinjen bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat dan perkhidmatan. Ianya juga dilengkapi dengan Google Maps

CARA MOHON RONDAAN POLIS

Berikut adalah panduan membuat permohonan rondaan polis jika ketiadaan penghuni di rumah:

  1. Muat turun aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di telefon pintar
    Cara Mohon Rondaan Polis Ketika Pulang Ke Kampung/ Tiada Di Rumah
  2. Klik Daftar untuk pendaftaran kali pertama
    Cara Mohon Rondaan Polis Ketika Pulang Ke Kampung/ Tiada Di Rumah
  3. Masukkan Nama Samaran, Nombor Telefon dan pilih maklumat berkaitan. Klik Permohonan TAC, satu nombor akan dihantar ke telefon anda. Masukkan Nombor TAC dan klik Daftar
    Cara Mohon Rondaan Polis Ketika Pulang Ke Kampung/ Tiada Di Rumah
  4. Dah Daftar, klik Kembali ke Halaman Utama, pilih Semak
    Cara Mohon Rondaan Polis Ketika Pulang Ke Kampung/ Tiada Di Rumah
  5. Masukkan Nombor Telefon yang didaftarkan dan klik Semak
    Cara Mohon Rondaan Polis Ketika Pulang Ke Kampung/ Tiada Di Rumah
  6. Nama Ahli dan Nombor VSP akan dihantar melalui SMS
    Cara Mohon Rondaan Polis Ketika Pulang Ke Kampung/ Tiada Di Rumah
  7. Log masuk menggunakan Nama Ahli dan Nombor VSP yang diterima
  8. Klik Balik Kampung di pilihan yang ada
    Cara Mohon Rondaan Polis Ketika Pulang Ke Kampung/ Tiada Di Rumah
  9. Pilih Negeri, masukkan Tarikh mula dan tamat. Masukkan alamat dan klik Hantar
    Cara Mohon Rondaan Polis Ketika Pulang Ke Kampung/ Tiada Di Rumah

Siap! Permohonan anda telah berjaya dihantar. Pihak polis akan membuat rondaan pada masa-masa tertentu terutamanya di tengah malam ketika ketiadaan pemohon di alamat rumah yang didaftarkan. Mudah kan nak mohon?

Selain daripada menggunakan aplikasi, anda juga boleh mohon rondaan polis dengan maklumkan di Ibu Pejabat Polis berdekatan.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma