Daftar Mini Karnival PenjanaKerjaya Graduan & Perantisan Untuk Rebut Peluang Pekerjaan

Pencari kerja dalam golongan graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta perantisan yang masih mencari pekerjaan boleh ikuti Mini Karnival PenjanaKerjaya Graduan & Perantisan anjuran PERKESO Negeri WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan dengan jaminan kerja buat graduan dan perantisan yang layak. Calon hanya perlu buat pendaftaran awal dan hadir di lokasi yang ditetapkan atau sertai temuduga secara atas talian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran Mini Karnival PenjanaKerjaya Graduan dan Perantisan.

MAKLUMAT MINI KARNIVAL

Terbuka Kepada Graduan Dan Perantisan

  • Tarikh: 4 Mei 2021 (Selasa)
  • Masa: 9 pagi sehingga 5 petang
  • Lokasi: Wisma PERKESO WP Kuala Lumpur

Terbuka Kepada Perantisan Sahaja

  • Tarikh: 5 Mei 2021 (Rabu)
  • Masa: 9 pagi sehingga 5 petang
  • Medium: Aplikasi Cisco Webex

CARA DAFTAR

Seperti yang dijadualkan, Karnival Graduan dan perantisan akan diadakan pada 4 dan 5 Mei 2021 bermula 9 pagi sehingga 4 petang. Bagi pencari kerja atau graduan yang berminat, anda boleh isi borang pendaftaran yang disediakan secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi salah satu talian berikut:

  • Amiruddin: 019 3292317
  • Fadillah: 013 9923806
  • Vika: 013 2509320
  • Dinie: 012 6949609
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma