Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan April Dibayar Secara Berperingkat Sehingga 16 April 2021

Heboh di laman facebook berkenaan bayaran i-Sinar bulan April yang masih belum dibayar. Seperti yang kita tahu, bayaran bulan Mac sudah dibuat lebih awal daripada yang dijangkakan, iaitu pada bulan Februari lalu. Ramai yang mengharapkan bayaran i-Sinar bulan April dibayar lebih awal juga.

Namun atas sebab tertentu, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar bulan April akan dibuat secara berperingkat sehingga minggu kedua bulan April 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran i-Sinar bulan April 2021.

TARIKH BAYARAN I-SINAR APRIL 2021

KWSP telah mengeluarkan kenyataan bahawa bayaran bulan April adalah:

  • SEDANG dibuat secara berperingkat sehingga 16 April 2021

Pengkreditan amaun ke akaun bank masing-masing adalah dalam masa 1 hingga 5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank pemohon.

Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan April Dibayar Secara Berperingkat Sehingga 16 April 2021

Rujuk: Panduan Semak Jadual Pembayaran Bulanan i-Sinar

PERMOHONAN BAHARU & PINDAAN AMAUN

Ahli KWSP yang masih belum pernah buat permohonan pengeluaran i-Sinar masih berpeluang untuk buat permohonan baharu sehingga 30 Jun 2021. Permohonan baru i-Sinar KWSP TANPA SYARAT boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Pemohon yang telah berjaya membuat permohonan lepas dan telah terima bayaran sebelum ini masih boleh buat pindaan amaun jika tidak berpuas hati dengan amaun pengeluaran sekarang. Pindaan amaun i-Sinar boleh dibuat melalui pautan berikut:

Baca: Kesalahan Pindaan Amaun i-Sinar Yang Ramai Lakukan. Jangan Buat Kesilapan ini

PEMBATALAN PENGELUARAN I SINAR

Dah terima bayaran i-Sinar setiap bulan dan merasakan anda sudah tidak perlukan lagi teruskan pengeluaran i-Sinar? Anda boleh hentikan pengeluaran i-Sinar dan simpan sahaja wang simpanan KWSP anda!

Pembatalan pengeluaran i-Sinar boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Setelah pembatalan telah berjaya dibuat, pengeluaran i-Sinar anda akan diberhentikan serta merta. Anda tidak akan terima bayaran bulanan lagi. Semak baki Akaun 1 KWSP anda DI SINI.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan i-Sinar, anda boleh hubungi talian khas di 03 8922 4848 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma