7 Menu Simple Pilihan Keluarga Hanya Dari Ikan Bilis. Mudah, Ringkas dan Membuka Selera

Ikan bilis walaupun nampak simple saja, sebenarnya banyak kegunaanya dalam masakan. Menu daripada ikan bilis sememangnya enak meskipun ringkas dan pastinya dapat membuka selera. Apa persediaan yang anda lakukan untuk bulan puasa nanti?

Sudah fikir nak masak apa sepanjang bulan puasa nanti untuk berbuka dan sahur? Pasti susah nak fikirkan apa nak dimasak. Tambahan lagi sepanjang PKP Bazar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi. Pasti para isteri dah mula buntu. Maklumlah hari-hari kena masak.

Di sini saya ingin kongsikan 7 menu pilihan daripada ikan bilis yang sesuai untuk dijadikan juadah tambahan berbuka mahupun sahur.

7 MENU DARIPADA IKAN BILIS

1. Sambal Ikan Bilis Kentang (Versi Kering Rangup)

7 Menu Simple Pilihan Keluarga Hanya Dari Ikan Bilis. Mudah, Ringkas dan Membuka Selera

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasa
  • sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh.
  2. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas.
  3. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
  4. Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
  5. Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
  6. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng.
  8. Kacau seketika supaya sebati.
  9. Angkat dan sejukkan.

Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.

2. Ikan Bilis Goreng Asam (Dengan Asam Jawa)

7 Menu Simple Pilihan Keluarga Hanya Dari Ikan Bilis. Mudah, Ringkas dan Membuka Selera

Bahan-bahan:

  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 1 biji
  • Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam (secukup rasa)
  • Ikan bilis
  • Kentang 1 biji (dipotong nipis)
  • Minyak

Cara penyediannya:

  1. Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat.
  3. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata.
  4. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!

Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin jadi tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu

3. Sambal Ikan Bilis & Kacang

7 Menu Simple Pilihan Keluarga Hanya Dari Ikan Bilis. Mudah, Ringkas dan Membuka Selera

Bahan-bahan:

  • 100 g ikan bilis goreng dan sejukkan
  • 200 g kacang tanah goreng dan sejukkan
  • sedikit air asam jawa
  • 3 sdb gula garam secukup rasa
  • Minyak menumis 1/2 cawan
  • Bahan Giling 30 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah- Blend semua bahan sehingga halus

Cara penyediannya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
  2. Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit.
  3. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika
  4. Masukkan kacang goreng dan bilis goreng..gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya

4. Sambal Ikan Bilis Hijau (Campur petai/Terung Pipit)

7 Menu Simple Pilihan Keluarga Hanya Dari Ikan Bilis. Mudah, Ringkas dan Membuka Selera

Bahan-bahan:

  • 100 gram cili hijau
  • Sedikit cili padi
  • 1 ulas bawang besar
  • 100 gram terung pipit/petai
  • Sedikit belacan
  • 1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
  • Ikan bilis

Cara penyediannya:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
  2. Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar.
  3. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
  4. Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis.
  5. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.
  6. Angkat dan hidang.

5. Kerabu Ikan Bilis

7 Menu Simple Pilihan Keluarga Hanya Dari Ikan Bilis. Mudah, Ringkas dan Membuka Selera

Bahan-bahan:

  • Cili api/padi
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Semua diatas dihiris halus2
  • Ikan bilis goreng
  • Sedikit gula
  • Air limau kasturi

Cara penyediannya:

  1. Gaul semua bahan dan sedia untuk dimakan
  2. Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.

6. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

7 Menu Simple Pilihan Keluarga Hanya Dari Ikan Bilis. Mudah, Ringkas dan Membuka Selera

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • Petai secukupnya
  • 1 mangkuk cili kering – dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • Sedikit halia – opsyenal
  • 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
  • 2-3 sudu besar gula
  • Garam

Cara penyediannya:

  1. Kisar semua bawang dan halia berserta cili.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
  3. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
  4. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping.
  5. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai.
  6. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

7. Ikan Bilis Goreng Masak Kicap

7 Menu Simple Pilihan Keluarga Hanya Dari Ikan Bilis. Mudah, Ringkas dan Membuka Selera

Bahan-bahan:

  • 1 cawan ikan bilis – di goreng garing
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 1 tangkai cili merah – di hiris
  • 1 tangkai cili hijau – di hiris
  • 10 batang cili api di hiris atau di ketuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Secubit garam untuk perasa (jika perlu)

Cara penyediannya:

  1. Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
  2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan bawang hiris sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
  4. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
  5. Tutupkan api.
  6. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.
  7. Sedia untuk di hidang.

Bagaimana? Terliur tak tengok menu-menu di atas? Tak perlu tunggu bulan puasa baru nak buat, boleh saja buat sekarang! Makan dengan nasi panas-panas pasti membuka selera! Nak buat kudapan pun boleh. Selamat mencuba!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma