Semakan & Permohonan

UPU: Semakan Panggilan Temuduga/ Ujian Bagi Kemasukan IPTA Buat Lepasan SPM

May 9, 2022Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Semakan & Permohonan

Calon lepasan SPM yang telah membuat permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam/ILKA/Kolej Komuniti sesi akademik 2022/2023 dan telah memohon program pengajian bertemuduga/ ujian kini boleh buat semakan panggilan untuk duduki temuduga atau ujian kemasukan ke institusi.

Semakan ini adalah terbuka kepada calon yang memohon program pengajian bertemu duga atau ujian, iaitu yang bertanda (#) dalam sistem permohonan UPU lepas. Calon boleh melayari URL agensi/institusi terlibat untuk membuat semakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara buat semakan panggilan temuduga/ ujian.

TARIKH SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA

Calon yang memohon program pengajian bertemu duga dan/atau ujian, boleh melayari URL institusi/ agensi terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan bermula pada:

  • 9 Mei 2022 (jam 6 petang)

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA/UJIAN KEMASUKAN IPTA

Semakan panggilan temuduga/ujian kemasukan IPTA boleh dibuat melalui pautan berikut:

Calon yang telah membuat permohonan akan mendapat tarikh temuduga atau ujian seperti yang dijadualkan oleh pihak institusi. Calon diminta untuk patuhi tarikh tersebut dan bersedia untuk menghadapi temuduga/ujian seperti yang dijadualkan.

Semak: Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPUOnline

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh

Cikgu Shaari

Perkongsian artikel dan panduan terkini untuk membantu pembaca mendapatkan maklumat yang lebih jelas, tersusun dan mudah difahami.

Lihat semua artikel

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma