Cara Semak Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online

Seperti yang kita sedia maklum, pesara kerajaan akan dapat 2% kenaikan dari kadar pencen yang diterima pada bulan Disember tahun sebelumnya. Semua pesara akan nikmati kenaikan itu setiap bulan Januari. Nak kira berapa kadar kenaikan setiap tahun, anda perlulah semak penyata pencen terlebih dahulu.

Penyata pencen pesara kerajaan boleh disemak secara online sahaja dengan mudah. Semak juga jadual pembayaran pencen setiap bulan bagi tahun 2021. Bagi penjawat awam yang bakal bersara, rujuk cara pengiraan jumlah pencen diterima selepas tamat perkhidmatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat semakan penyata pencen pesara kerajaan dan pengiraan kenaikan 2%.

SEMAKAN PENYATA PENCEN PESARA KERAJAAN

Semakan penyata pencen pesara kerajaan secara online boleh dilakukan dengan mudah dengan langkah berikut:

  1. Sila ke pautan rasmi JPA Pencen di https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan
    Cara Semak Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online & Kira Kenaikan 2%
  3. Penyata Pencen akan dipaparkan

PENGIRAAN PENCEN 2%

Bila dah semak penyata pencen secara online dengan panduan di atas,  kira jumlah kenaikan pencen seperti contoh berikut:

  • Kadar pencen bulan Disember – RM3,000
  • Kenaikan adalah 2% atau 2/100 atau 0.02 dari pencen bulan Disember

Contoh pengiraan:

  • Pencen bulan Januari 2021 – RM3,000 + (0.02 x RM3,000)
    = RM3,000 + RM60 (2% kenaikan)

Maka bayaran pencen yang akan diterima bagi bulan Januari adalah RM3,060.

Mudah kan? Pengiraan dan panduan semakan ini anda boleh gunakan setiap hujung tahun untuk semak kadar kenaikan yang diterima pada awal tahun berikutnya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Pencen Terbitan Perlu Dimohon Selepas Kematian Pesara. Ini Cara Mohon Yang Ramai Tak Tahu

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma