Biasiswa

Permohonan Biasiswa Tamanni UM sesi 2020/2021

February 27, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Permohonan Biasiswa Tamanni UM sesi 2020/2021

Berita baik untuk pelajar UM yang sedang mencari biasiswa. Kini anda boleh mohon Biasiswa Tamanni UM yang telah dilancarkan baru-baru ini. Dibawah merupakan info lengkap Biasiswa Tamanni UM.

Biasiswa Tamanni UM diwujudkan bermatlamat untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan. Biasiswa ini dilancarkan oleh Yayasan Bunga Raya dan Unit Penokohan Belia, (SHIELD) dengan kerjasama  Persatuan Belia Harmoni Pantai Dalam bagi membantu sebahagian pelajar yang tersepit dengan masalah kewangan dalam kalangan warga UM.

PERMOHONAN BIASISWA TAMANNI

Permohonan Biasiswa Tamanni UM adalah dibuka kepada semua pelajar UM dari semua fakulti adalah layak memohon biasiswa ini.

Namun, permohonan Biasiswa Tamanni UM perlu memenuhi kriteria yang diperlukan oleh Biasiswa Tamanni UM.

Dibawah merupakan kriteria permohonan Biasiswa Tamanni UM yang telah ditetapkan.

KRITERIA PERMOHONAN BIASISWA TAMANNI UM SESI 2020/2021

Pelajar yang ingin memohon Biasiswa Tamanni UM perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di bawah:

  • Kewangan isi rumah adalah kurang daripada RM 6,000
  • Mempunyai potensi yang tinggi dalam kepimpinan
  • Pencapaian akademik CGPA adalah 3.0 dan ke atas
  • Aktif dalam penglibatan kokurikulum dan,
  • Tidak menerima mana-mana biasiswa dan pinjaman daripada mana-mana agensi

Permohonan Biasiswa Tamanni UM sesi 2020/2021

Permohonan kini dibuka dan pelajar yang layak boleh membuat permohonan melalui pautan dibawah:

Topik artikel ini
Biasiswa
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda