Bersempena dengan Karnival Kerjaya MYFutureJobs TVET, Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengadakan pengambilan di Dewan Serbaguna, ILP Pedas! Anda dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan acara tersebut!
[ez-toc]
KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS TVET
Di bawah butiran Karnival Kerjaya dan senarai jawatan ditawarkan ambilan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Butiran Acara:
- Tarikh: 6 Jun 2024
- Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
- Tempat: Dewan Serbaguna, ILP Pedas
Senarai Jawatan
Pengambilan Skim Perkhidmatan Pegawai Angkatan Tetap (TDM)
Kategori:
- Pegawai Kadet (PK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Pegawai Kadet (PK) Lepasan Ijazah (Graduan)
Syarat Kelayakan dan Fizikal:
- Warganegara Malaysia.
- Terbuka kepada Lelaki dan Wanita.
- Tinggi minimum: Lelaki 162 cm, Wanita 157 cm.
- Berat minimum: Lelaki 47.5 kg, Wanita 45.0 kg.
- Body Mass Index (BMI): 18.00 hingga 26.9.
- Umur:
- PK UPNM: Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember.
- PK Graduan: Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2024.
Kelayakan Akademik:
- PK UPNM: Lulusan SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains, serta sekurang-kurangnya gred C+ dalam subjek Bahasa Inggeris.
- Lulusan Program Asasi dengan PNGK 2.70 ke atas.
- Program Asasi Perubatan.
- Program Asasi Kejuruteraan dan Strategi.
- Program Asasi Pengurusan dan Strategi.
Gaji Permulaan Pegawai Kadet:
- PK UPNM (SPM/WSW): RM 1500.00 hingga RM 2000.00.
- PK Graduan: RM 2355.00.
Gaji Permulaan Pegawai:
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian: RM 2585.00
- Ijazah Sarjana Muda Am: RM 2487.88
- Diploma/Ijazah Bersekutu: RM 2321.77

Pengambilan Skim Perkhidmatan Askar Laskar Angkatan Tetap (TDM)
Syarat Kelayakan Am & Fizikal:
- Warganegara Malaysia.
- Terbuka kepada Lelaki dan Wanita.
- Tinggi minimum: Lelaki 162 cm, Wanita 157 cm.
- Berat minimum: Lelaki 47.5 kg, Wanita 45.0 kg.
- Body Mass Index (BMI): 18.00 hingga 26.9.
- Umur: Tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun.
- Bagi calon KAGAT, mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh temuduga.
- Tidak mempunyai rekod jenayah, penglibatan dengan penggunaan barang terlarang, dan tatu.
- Lulus pemeriksaan perubatan dan pergigian oleh pengamal perubatan.
- Berkebolehan berenang dengan baik.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Sijil Kokurikulum dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Kelayakan Akademik:
- SPM (Lelaki): Lulus subjek Bahasa Melayu dan salah satu subjek Matematik/Sains/Bahasa Inggeris dan Lulus Sejarah SPM 2013 ke atas.
- SPM (Wanita): Lulus dengan kepujian subjek Bahasa Melayu, Matematik dan salah satu subjek Sains/Bahasa Inggeris serta Lulus Sejarah SPM 2013 ke atas.
- Diploma/Ijazah: Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf (calon KAGAT).
- Diploma dari Politeknik atau Kolej Kemahiran Malaysia dalam bidang teknikal/kemahiran diiktiraf.
- Diploma Pengajian Kesihatan bersekutu dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Diploma Teknologi Maklumat Perubatan, Diploma Radiografi Perubatan, Diploma Farmasi.
- Diploma Teknologi Veterinar dari Kolej Vokasional atau Sains Veterinar bersekutu.
Gaji Permulaan Aliran Pangkat:
- Diploma/Ijazah:
- Diploma Kemahiran: RM 2026.07
- Diploma Politeknik/Kolej: RM 2036.07
- Ijazah: RM 2048.07
- STPM/Sijil Tinggi Agama:
- STPM Tahun 3: RM 1962.07
- STPM Tahun 2: RM 1782.07
- STPM Tahun 1: RM 1582.07
- SPM:
- SPM Tahun 3: RM 1607.06
- SPM Tahun 2: RM 1507.06
- SPM Tahun 1: RM 1407.06

Pengambilan Prajurit Muda (PtM) TLDM Siri 228/24
Syarat-Syarat Kelayakan:
- Lelaki dan Wanita warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 5 Disember 2024.
- Lepasan SPM dan SVM – Lelaki & Wanita.
- Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/SKT – Lelaki.
- Taraf Perkahwinan: Bujang (tidak pernah berkahwin).
- Bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
Kelayakan Diploma Kejuruteraan:
- Mechanical Engineering
- Mechatronic Engineering
- Manufacturing Engineering
- Automotive Engineering
- Engineering
- Electronics Engineering
- Advance Diploma in Engineering
- Civil Engineering
- Electrical Engineering
- Marine Engineering
- Software Engineering
- Microelectronic Engineering
- Telecommunication Engineering
Syarat Fizikal:
- Indeks Jisim Badan (BMI): antara 18.0 – 25.0
- Penglihatan: kedua-dua mata adalah baik tanpa cermin mata atau kanta lekap.
- Tidak rabun warna.
- Ukuran tinggi:
- Lelaki: minimum 162 cm
- Wanita: minimum 160 cm
- Berat badan:
- Lelaki: minimum 47.5 kg
- Wanita: minimum 45.0 kg
- Beza ukuran dada semasa menarik nafas:
- Lelaki: minimum 5 cm
- Wanita: minimum 4 cm
Maklumat Lanjut: Maklumat lanjut boleh didapati di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.
Hubungi:
- Radhiah: 019-638 7085
- Shakira: 019-638 7451
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengisi lebih 3000 kekosongan jawatan yang ditawarkan! Datanglah beramai-ramai ke Karnival Kerjaya MYFutureJobs TVET di Dewan Serbaguna, ILP Pedas pada 6 Jun 2024!