Ramai pencari kerja kerajaan menyangka semua jawatan sektor awam perlu dimohon melalui SPA9. Persepsi ini menyebabkan ramai calon hanya menunggu di portal SPA tanpa sedar bahawa jawatan di sekolah kerajaan sebenarnya tidak berada di bawah SPA.
Hakikatnya, semua jawatan di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi dan IPG berada di bawah seliaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). SPP ialah pihak berkuasa melantik khusus untuk perkhidmatan pendidikan di bawah KPM.
Inilah sebab utama mengapa setiap tahun ramai calon terlepas peluang bekerja di sekolah kerajaan. Permohonan sebenar perlu dibuat melalui Sistem mySPP, bukan SPA9.
Peranan SPP Dalam Pengambilan Jawatan Pendidikan
SPP mengurus pelantikan jawatan di bawah:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Antara peranan SPP:
- Mengiklankan kekosongan jawatan pendidikan
- Mengurus permohonan melalui mySPP
- Menjalankan tapisan & temuduga
- Melantik guru dan staf sokongan sekolah
Tiga Kategori Jawatan Yang Dikeluarkan Oleh SPP
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru)
- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
- Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah
Kategori ketiga adalah yang paling ramai dimohon.
Artikel berkaitan: Panduan Lengkap Lulus Temuduga Guru SPP & KPM 2026
Jawatan Paling Popular Dimohon Di Bawah SPP
Berikut ialah jawatan yang sering mencatat permohonan tertinggi setiap kali dibuka kerana kelayakan SPM/Diploma dan penempatan di sekolah.
| Jawatan | Kelayakan Minimum | Persekitaran Kerja | Sebab Popular |
|---|---|---|---|
| Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) | SPM | Pejabat sekolah | Waktu pejabat, kerja pentadbiran, stabil |
| Pembantu Pengurusan Murid (PPM) | SPM | Dalam kelas | Bantu guru & murid, suasana sekolah |
| Pembantu Makmal | SPM (Aliran Sains) | Makmal sekolah | Kerja teknikal, waktu pejabat |
| Pembantu Tadbir (Kewangan) | SPM (Akaun) | Pejabat sekolah | Urus kewangan, sesuai minat akaun |
| Pembantu Khidmat Am | PMR / SPM | Kawasan sekolah | Mudah mohon, peluang tetap |
Jawatan Profesional Turut Dibuka Oleh SPP
Selain jawatan SPM, SPP juga membuka jawatan profesional seperti:
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru sekolah rendah & menengah)
- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (IPG / Matrikulasi)
Artikel berkaitan: Cara Daftar Akaun MySPP Untuk Mohon Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Cara Mohon Jawatan SPP
Semua permohonan hanya melalui:
Langkah ringkas:
- Daftar akaun mySPP
- Lengkapkan profil
- Pilih jawatan yang dibuka
- Hantar permohonan
Kesimpulan
Jika anda mahu kerja di sekolah kerajaan, laluan rasminya bukan SPA.
Laluan sebenar ialah melalui SPP dan Sistem mySPP. Dan jawatan yang paling ramai mohon setiap kali dibuka ialah Pembantu Tadbir, PPM, Pembantu Makmal, Pembantu Tadbir Kewangan dan Pembantu Khidmat Am. Pastikan anda sudah daftar mySPP supaya tidak terlepas peluang.