Makluman penting untuk calon yang akan duduki ujian MUET dan CEFR! Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia telah memaklumkan bahawa calon yang akan duduki ujian perlu mengisi Borang Deklarasi kesihatan Saringan Covid-19 secara online di pautan yang ditetapkan.
Calon hendaklah mengisi Borang Deklarasi Saringan Covid-19 sehari sebelum ujian atau pada hari ujian. Hanya calon yang akan duduki ujian pada tarikh ditetapkan sahaja perlu mengisi borang yang disediakan.
Dapatkan Borang Deklarasi Kesihatan Saringan Covid-19 di perkongsian bawah.
SIAPA YANG PERLU ISI BORANG DEKLARASI KESIHATAN?
Borang Deklarasi Kesihatan Saringan Covid-19 perlu diisi boleh calon MUET dan CEFR R yang menduduki ujian pada:
- 2 Februari 2021
- 3 Februari 2021
- 4 Februari 2021
- 8 Februari 2021

BORANG DEKLARASI KESIHATAN SARINGAN COVID-19
Calon tidak perlu cetak pun borang deklarasi ini. Borang boleh diisi secara online melalui pautan berikut:
BORANG DEKLARASI SEIHATAN SARINGAN COVID-19

Sudah selesai pengisian seperti diminta oleh pihak MPM, anda boleh menduduki ujian dengan tenang mengikut SOP yang ditetapkan.
Rujuk: Contoh Soalan Sebenar MUET Lengkap Semua Sesi (Reading, Writing & Speaking)